MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » , » SAYA IBU SUSUAN DIA - DAMIA FATINI

SAYA IBU SUSUAN DIA - DAMIA FATINI

Written By Unknown on Wednesday, 26 June 2013 | 11:25

TAK BOLEH BLAH! saya rasa kot la syg sgt ngn binatang peliharaan ni xyah lah sampai kena breastfeed die kan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ada anak susuan.





Hye readers!
Arini anak susuan saya dtg ofis. dah 10 bulan dah umur dia. membesar dgn sihat.senyum manjang jer sikenit ni. senang jer ngn semua org..
Nanti raya dtg umh mommy kt kampung ye leh main ngn Abang Saufee. klu mommy tau awk nk dtg ofis arini mommy bwk Abang Saufee skali. xpe lah lain kali boleh jupe kan walaupun awk dah jauh nnt kite terus berhubung k sayang!. (gambar lama ni. skarang Damia da setahun lebih dah. Ni FB MAK DAMIA)


Kwn-kwn, klu ada rezeki lebih susu melimpah ruah meriah semacam & xtau nk dibuat apa. Boleh lah cr anak susuan tp dengan KEIZINAN SUAMI ya. Sedikit info pasal ibu susuan/anak susuan.



Apa syarat menjadi ibu susuan?
Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.



Apa pula syarat bagi anak yang dianggap anak susuan?
Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)

Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)

Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.


Perspektif pergaulan antara anak susuan dan anak sendiri?
Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Alhamdulillah. Semoga hubungan kekeluargaan ini kekal selamanya. Saufee, Damia ni adik awk. Selain jaga bakal adik awk (nanti bile ada), awk kena jg Damia juga ye.

chaw!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Popular Posts