MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » SUSU HALIB'S : PRODUK IMP

SUSU HALIB'S : PRODUK IMP

Written By Unknown on Tuesday 29 April 2014 | 12:00



Assallammualaikum dan salam sejahtera.
Entri sebelum ni saya ade cerita tentang penerimaan Saufeerizqy dgn susu ILHAM keluaran IMP.
Boleh klik  SUSU ILHAM

Kebetulan weekend lepas, stok susu dirumah habis. Saya yg sedang Migrain mmg xperasan langsung. Kelam kabut cari pengedar ILHAM sekitar tempat tinggal. Semua dah xjadi pengedar. Huhu... Ni yang buat rasa nk jadi pengedar ni. Hhehehehe..

Sementelah cari pengedar Susu ILHAM, terpandang tulisan IMP. search la pasal IMP tu apa.


Apa itu IMP

IMP adalah akronim kepada Islamic Manufacturing Practice yang bermaksud Amalan Pengilangan Islam. Diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama Islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.

Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim. Mereka yang memahami dan terikat dengan Hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya. Ini adalah kerana Nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam. Penghasilan produk daripada Muslim yang membaca Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai disamping zat-zat lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri.

Kesucian Jasmani pula merangkumi proses pembuatan yang mengikut syarak. Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci dari sumber-sumber yang haram, memelihara perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur-unsur yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik-muzik yang menghayalkan.

IMP untuk siapa

IMP hanya boleh dilaksanakan oleh perusahaan yang dimiliki oleh mereka yang beragama Islam. Perusahaan mereka juga di wajibkan hanya menggunakan khidmat pekerja yang beragama Islam sahaja. Gologan ushawan yang beragama Islam adalah diseru agar memartabatkan Islam dalam perniagaan mereka dengan mengguna IMP sebagai asas perusahaan mereka. Ini bukan sahaja bermanafaat kepada perniagaan malah memanjangkan Barakah itu kepada pengguna-pengguna yang beragama Islam seterusnya dengan izin Allah melahirkan generasi islam yang terbaik di akhir zaman ini.

Terbahagi kepada 2 golongan sasaran, Usahawan Islam yang telah memiliki perusahaan dan bakal memiliki perusahaan boleh mendapatkan persijilan ini. Dengan mendaftar di Pusat IMP Community, usahawan akan diberi maklumat penuh mengenai persijilan ini melalui kakitangan IMP Community.

Kita sebagai umat Islam / pengguna muslim mestilah rasa selamatkan bila ada produk macam ni. Lagi-lagi bila produk yang kita nk tuh nk bagi kat anak. 

Susu Halib's mcm gambar dkt bawah ni antara produk IMP yang ada. Saya beli ni sebab husband survey lagi murah dari susu Ilham. separuh harga murah dari Ilham.
Tapi belum try lagi bagi dekat Saufee.
Ada saya baca review ramai gak pengguna Susu Ilham bertukar ke susu Halib's nih.
dan anak mereka juga menerima mcm minum susu Ilham.



Susu Halib's nih susah jugak nk dapatkannya. kena cari pengedar yg aktif dan masih menjual produk-produk IMP. 

Ok nanti saya buat review lain bila Saufee dah minum susu ni.

So far Saufee minum susu Ilham alhamdulillah sangat. tapi sejak dulu lagi Saufee memang kuat minum susu. so saya xheran la kalau die asyik mintak nk minum susu selalu.

4 comments:

  1. Ank saya payah btul nk minum susu fm..
    Byk susu dah cuba xmo mnjg..
    Susu bdn jgk yg dia hadapkan
    Blh tau kt mana nk bli susu halib ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin anak ynag menyusu ibu mmg begitu.
      anak saya juga menghadapi masalah yg sama tapi Alhamdulillah dgn produk IMP
      senang jer die terima susu selain susu ibu.

      Puan boleh hubung no ini untuk bertanyakan berkenaan Susu Halib's :
      013-6768489
      013-4245808 Naim

      Delete
  2. Assalam, sy ada jual susu halib's biasa n coklat. halib's gold juga ada. 4 kotak ke atas rm 25.00 sekotak. boleh hubungi saya 0129187367. tq.

    ReplyDelete
  3. Ad pengedar area jln duta kl

    ReplyDelete

Popular Posts