Entri kali ni saya nak cite pengalaman kena jahit masa bersalinkan SaufeeRizqy. Agak lama ambil masa untuk menjahit luka tuh. Ia makan masa 2 jam lebih. bayangkan lah weh.... smbil terasa-terasa doc keluar masuk tarik jarum n benang masa menjahit. Perghhh... terbaek!
Korang tau kan ape tuh Episiotomi?
Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan lahir. Biasanya doc akan memberikan anestesi lokal untuk menghilangkan nyeri. Namun, dalam keadaan darurat episotomi dilakukan tanpa anestesi lokal. Episiotomi dilakukan untuk melebarkan jalan lahir.Sumber : Mengenal Episiotomi http://bidanku.com/mengenal-episiotomi#ixzz2z8ZnkRm1
Ok balik pada tajuk entri.
Tips ni untuk semua mama gorjes yang telah berkorban nyawa melahirkan si comel!
1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering setiap kali selepas membuang air kecil atau mandi.
2. Sentiasa memastikan ruang perineum bersih kerana darah nifas dan air kencing mengandungi kuman yan gboleh mengakibatkan jangkitan luka.
3. Amalan merendamkan punggung ke dalam air garam akan mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut.
4. Elakkan duduk atau baring terllau lama kerana ia akan menyebabkan tekanan pada luka.
5. Pastikan anda tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat. Sembelit boleh mengakibatkan luka episiotomi bertambah teruk.
6. Elakkan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah.
7. Senaman Kegel menyebabkan aliran darah ke bahagian tersebut dan mempercepatkan penyembuhan luka.
8. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan daripada tekanan pada luka.
9. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan.
Ibu-ibu juga boleh mengamalkan Set berpantang Shaklee yang membantu dalam proses pemulihan luka selepas bersalin juga untuk kesihatan dalaman ibu-ibu:
Zinc - Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
Vitalea - Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Bcomplex - Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
Vita C - Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Best regards,
0 comments:
Post a Comment