MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DENGAN OSTEMATRIX

MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DENGAN OSTEMATRIX

Written By Unknown on Monday, 27 May 2013 | 12:15


Ternyata Ostematrix membantu. Bukan pada ibu-ibu yang baru lepas bersalin je tau.. Semua yg consume Ostematrix pasti merasa kebaikannya selain kandungan kalsium yg lengkap.

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kpd kawan2 saya yg baru melahirkan anak mrk yg comel2 belaka. Tiada yg lebih gembira bg ibu bapa  dengan kelahiran cahaya mata yg mnjadi penyeri rumahtangga, terutama yg baru pertama kali melahirkan anak. Namun begitu, ramai juga ibu-ibu yang mengadu menghadapi masalah sukar untuk membuang air besar atau mengalami masalah sembelit semasa dalam tempoh berpantang dan ada juga yang berlarutan sehingga selepas pantang. Saya akui, saya juga pernah mengalami detik2 itu. Memang sangat menyeksakan dan sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika sedang berpantang. Saya duduk dalam tandas berjam-jam  sampai kebas kaki saya dibuatnya.  Ibu-Ibu mesti nak tips kan, bagaimana cara mengatasi masaleh sembelit ni. Tapi sebelum tu mari kita kupas dan ketahui punca atau penyebab sembelit terutama selepas bersalin.

Dari pengalaman dan pembacaan saya, ini antara kenapa saya boleh sembelit slps brsalin.Punca Semblit selepas bersalin adalah kerana pergerakan najis di dalam usus menjadi perlahan. Faktor yang menybabakan usus kita menjadi perlahan adalah seprti berikut:
  • ·   Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada dalam abdomen menjadi lebih rendah dari biasa.
  • ·   Otot pada saluran usus mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil dulu.

Saya ingat lagi, perkara yg saya paling takut semasa membuang air besar adalah di kala perlu meneran. Saya risau luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar. Actually disebabkan mind set itulah saya semakin sukar untuk membuang . Selain itu, saya kurang minum air kerana takut sering ke toilet mmbuang air kecil dan sangat leceh bila terpaksa membuka bengkung. Malah saya risau takut sakit bila air terkena luka. Tapi Zaman2 dulu kalau berpantang memang tak digalakkan minum air banyak kerana ditakuti perut buncit dan saluran faraj berair. Pengambilan jamu atau akar kayu yang brsifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, skaligus mnyebabkan sembelit.  Summore dalam pantang, saya kurang mkn buah-buah.yelah xtau buah mn yg boleh mkn. Sebab buah-buah ni akn ade yg dikatakan sejuk ada yg dikatakan tajam.. mcm-mcm.

Setiap hari saya hanya makan lauk orang berpantang + nasi putih sahaja, saya kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana takut sejuk. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi. Sekarang ibu-ibu semua dah tahukan penyebab anda sembelit. Jadi mari saya kongsikan pula bagaimana nak mngatasi masalah ini.

Tips Mencegah/Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
  1. Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  2. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.
  3. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  4. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  5. Pengambilan supplement juga dapat membantuIbu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.Ia juga mngandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. dan juga Vitamin D – Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak mendapat cukup ‘hormon calcitriol’ iaitu sebagai vitamin D yang aktif. Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada dan ini boleh melemahkan tulang tulang kita.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di :
Call/whatsapp/sms: 012-2365414
Emel: hanna.azleen@gmail.com
Add FB sy: https://www.facebook.com/hana.a.amiruddin




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Popular Posts