MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » , » Kempen Penyusuan Susu Ibu: Foremilk & Hind Milk

Kempen Penyusuan Susu Ibu: Foremilk & Hind Milk

Written By Unknown on Tuesday, 6 August 2013 | 09:31

Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya.

Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

• Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

• Susu matang
Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.

• Waktu penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung
sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.


Foremilk : kandungan susu banyak air
Hindmilk: kandungan susu banyak lemak

Biasanya Foremilk akan keluar dulu bile kita pam or baby hisap. sebab itu dinasihatkan para ibu-ibu semua menyusukan anak 20-30 minit supaya baby dapat susu yang tinggi kandungan lemaknya.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai penyusuan susu ibu

Saya ada Breastfeeding Guide dalam bentuk PDF tp xboleh nk di upload disini.
sesiapa yg nak boleh hubungi saya and saya akn emelkan.

sms/call/whatsapp: 012-2365414
emel: hanna.azleen@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts