MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » ALAHAI JEREBU LAGI

ALAHAI JEREBU LAGI

Written By Unknown on Friday 14 March 2014 | 12:00

Assallammualaikum kawan-kawan readers semua & Salam sejahtera.
Harini jerebu semakin teruk dan bacaan di Petaling Jaya (rumah saya) 185. memang tahap tidak sihat dan saya amat bersimpati dengan rakan-rakan yang tinggal di kawasan Pelabuhan Klang dan juga Banting yang mana bacaan IPU telah mencatat lebih 300. 

Tak boleh nk paste pulak gambar index pencemaran udara pagi ni tapi anda boleh klik IPU untuk semak kawasan-kawasan teruk Jerebu. 

Tips Hadapi Cuaca Panas

  • Banyakkan minum air suam kalau boleh lebih dari 8 gelas sehari. selain menggelakkan hidrasi ianya juga dapat menyejukkan badan.
  • jangan ambil/ kurangkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol(ni memang haram) dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • kurangkan aktiviti di luar ketika panas terik. banyakkan berehat di rumah sekiranya tidak ada perkara yg mustahak untuk dilakukan
  • pakai pakaian yang ringan, warna2 yang terang dan longgar
  • gunakan payung atau topi ketika keluar rumah
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh -  SAYA SARANKAN PENGAMBILAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
  • mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan badan

Tips Elakkan Penyakit Ketika Jerebu
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Antara gambar yang sempat saya snap semalam (13.03.2014)


Jalan arah ke Bukit Kerinchi

Sepanjang jalan di TUDM, KL

Pandangan dari Pejabat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
tingkat 18

Jalan Bangsar

EXTRA TIPS:
Apa yang perlu ada dalam beg masing-masing:
  • FACE MASK
  • EYE DROP
  • WET TISSUE
  • MINERAL WATER


Tolong jaga diri ya semua. Especially yang ada anak kecik. Xyah bawak keluar rumah lah.

Xoxo
Hana

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts