MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » , » BERSALIN NORMAL : ANTARA TIPS DAN PETUA

BERSALIN NORMAL : ANTARA TIPS DAN PETUA

Written By Unknown on Thursday, 13 November 2014 | 12:00

Assallammualaikum readers semua...hye hye

Sori sejak mengandung kali kedua ni saya memang meminima kan masa untuk mengadap internet. Namun ada juga perasaan rindu untuk berblog. Blog ni dah jadi macam tempat luahan perasaan saya.

Alhamdulillah minggu ni genap 29 minggu dah kehamilan kedua dan segalanya berjalan dengan lancar. Macam kehamilan yg lepas 1-4bulan pertama saya mengalami alahan yg teruk sehingga berat turun mendadak. Sehingga saat ini berat yg naik hanya 3kg sahaja klu dikira berat semasa awal kehamilan.
Setiap kehamilan memang berbeza ye mummy, ibu, mama, ama, ummi semua... 

Owh kiranya saya ni dah trimester yg ke-3.. yahuu! xlama lg boleh jumpa baby adik. Insyaallah... moga baby ada sihat dan sempurna dan hingga hari ni juga baby adik masih belum tunjuk dkt mama papa n abang Saufeerizqy gender dia. Mama tabah dan bersabar. xkisah sayang aslkan kamu sihat dan segalanya dipermudahkan... (Mama ngh mood nk berblog ni mencurah-curah idea)...

Eh entry kali ni sebenarnya saya nk share dari blog yang saya baca tentang Petua dan Tips Untuk Wanita Hamil. This time saya banyakkan membaca n tgk video cara-cara bersalin dan meneran... Dulu xterpikir langsung yg ms meneran xboleh angkat punggung akibatnya luka dan koyak banyak... Pengalaman mengajar kita kan?? Betul...


Antara tips yang selalu diperkatakan untuk memudahkan proses bersalin ialah (tapi make sure berbincang dulu dgn doktor ye untuk teknik yang sepatutnya dan betul):

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi di akhir kehamilan. (saya start minum since 7 bulan)

2. Kerap berbual dgn bayi dan diri sendiri agar mudah bersalin.

3. Dapatkan ketenangan semaksima mungkin di saat hujung kehamilan dan semasa hendak bersalin.

4. Mintak maaf dengan semua orang especially suami kita dan bagi si suami maafkanlah si isteri.

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah atau bermain dengan anak. Ini untuk mengelakkan daripada berfikir tentang ketakutan dan kesakitan ketika bersalin.

6. Bersetubuh dengan suami dengan lebih kerap dihujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat terasa hendak bersalin - selagi mampu. Sekiranya x mampu duduk tepi katil then bongkokkan badan ke depan. Kontraksi akan berlaku apabila pergerakan yang banyak dilakukan.

8. Baca ayat-ayat suci al-Quran dan berdoalah.

9. Cuba buang air kecil dengan kerap kerana pundi kecing yang tidak penuh akan memudahkan laluan kepala bayi untuk keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disaran oleh doktor: 
     -Berbaring dengan lutut berlipat dan kedua kaki terbuka
     -Angkat kepala dan dagu mestilah cecah di dada
     -Mata pandang ke arah perut dalam keadaan mata tertutup
     -Tangan pegang buku lali kaki
     -Masa teran jangan keluarkan suara
     -Masa teran jangan angkat punggung
     -Baca bismillah dan apa-apa doa yang terlintas
     -Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran. (Jangan curi nafas - sebab tuh kena           tarik nafas dalam-dalam or panjang)


Nak tips banyak lagi boleh la google erk... Semoga tips ni dapat membantu mummy semua dan saya sendiri.. lg 2bulan jer untuk berjuang. Yeeehhaa!!!

Oh ye... kali ni berpantang semestinya dengan Set Berpantang Shaklee...


#throwback Masa SaufeeRizqy hari kedua. Agak-agak muke baby adik ade iras abang x erh...

Sambung next entry plak yer kawan-kawan...
Jangan jemu untuk follow blog sy yang xseberapa ni... Insyaallah akan kembali aktif .

Best regards,
Hana Azleen
SID 920523
012-2365414
hanna.azleen@gmail.com

1 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Popular Posts