MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » SUSU IBU - TIPS UNTUK IBU YANG SELALU OUTSTATION

SUSU IBU - TIPS UNTUK IBU YANG SELALU OUTSTATION

Written By Unknown on Wednesday, 16 April 2014 | 12:00

Assallammualaikum & hye readers yang dikasihi.
Saya terpanggil untuk buat entri ni sebab saban hari pasti ada rakan atau kenalan yang bertanya dan minta tips macam mana nak berjaya dalam dunia penyusuan sedangkan saya ibu yang bekerja dan perlu juga kerja luar bila diarahkan.

Ni antara tips dari pengalaman saya menyusukan Saufeerizqy selama 2tahun.

1. Kekalkan jadual pam semasa di ofis sama dgn jadual bayi anda menyusu ketika dirumah. - tiada alasan. Klu bizi sgt and terpaksa skip jadual pam make sure TERBITKAN rasa bersalah dlm hati then ganti blik waktu yg di skip td semasa dirumah. The best time adalah waktu bayi sudah tidur.

Ni jadual masa saya dalam pantang - masa tu belum belajar mcm mn nk buat jadual.
So asl pam jer saya akan catit berapa byk susu yang dihasilkan.

2. Pam di hujung minggu - kekalkn konsep demand & supply. Walaupun weekend kita boleh direct feed, curi juga masa untuk pump.so dptlah kumpul stok lebih.

3. Kerja yg memerlukan ibu-ibu trun site or outstation berhari2 atau ke negeri seberang laut (Sabah/Sarawak/oversea), make sure keperluan yg disenaraikan ada:
* igloo/coolbox - xkisah apa brand.ikt kemampuan masing2.

* icepack pelbagai size.dr yg besar thn 12jam ke yg kecil thn 2jam.. 

Ni saya beli dkt Daiso.Rm5 jer tahan 12jam

* garam

* milkstorage(bottle storage/plasticstorage). Adalah dinasihatkan sekiranya penerbangan melebihi 2jam bottle storage lebih sesuai utk simpan susu berbanding dgn plastic storage. Tekanan udara semasa penerbangan memungkin kn plastic storage tuh meletup.



* poncho
ni nursing apron yg baru saya beli. xguna sgt sbab lagi selesa pki yg lama. ataupun ibu-ibu boleh jadi kreatif dgn jahit shawl2 yang dah xpkai. Fikirkan lah ye... its a must to have lg2 mcm saya ni keje banyak & xleh nk duduk pam dkt surau. sama gak la klu time OS.
* breastpump yg ringan/sng dibawa ke mana-mana. Saya guna spectra3 duo pump.sedikit berat tp sgt berpuas hati. 2nd pregnancy saya aim untuk memilik Medela Freestyle. Insyaallah.

* refer pd milkstorage td make sure u all bajet ikt hari yg korang kena outstation k.bwk lebih sbb ms outstation bayi tiada dgn kita jadi susu akn lebih dr biasa.

* penyimpanan susu ketika di hotel - klu dpt hotel yg ada peti ais 2pintu bersyukur sgt2! Tp biasenye lah kan hotel diorg just sediakan fridge bar jer. Peti ais yg 1pintu, freezer seconet jer. Jd lah kn....

* ddk hotel yg kunci die bile kite cabut electricity out.mksdnye bile kite kuar blik sume padam la. Fridge pon padam. Jadinye kena lah kita tumpang dkt kitchen hotel.ltk susu2 td dlm plastic ye.jgn bg cmtu jer tau sbb kite xtau dlm fridge tu ade ape atleast xde la susu tu melekat bau daging ke ape. So far hotel yg sy dduk sume, mgt diorg xkisah kita tumpang kitchen diorg. Tulis nama n no bilik siap2. No fon pon jgn lupe tau.

* waktu blik make sure icepack ckup beku, klu nk tmbh ais pon boleh,lepas tu ttp lapisan plg atas dgn kain basah or hand towel yg dibasahkn. Before tuh taburkan garam sikit kt ais or icepack td.

So far ok tak? Senang jer.nk 1000 daya kn.tiada alasan.


Igloo ni lah yang saya guna untuk bawak ke hulu ke hilir setiap hari


Masa ni OS ke Kuantan. Tido semalam di Kuantan ckup bawak bottle storage jer.

Ha ni hasil perahan masa berteambuilding. Saya ni bila berjauhan lagi meriah susu sebab rindu kat anak. Pikir pasal anak jer . Syukur susu meriah. Masa team bulding ni peti ais diorg besar sbb aprtment kan so mcm peti ais kat rumah lah.
Saya klu OS xleh 2malam saya xkan bekukan susu. Nanti sampi rumah baru bekukan.


Ibu-ibu jangan cpt putus asa, bykkn bersabar. Memang penat tp puas hati dan.... Sungguh nikmat!

Panduan penyusuan di dalam al-Qur’an

Surah al-Baqarah 2:233

وَٱلۡوَٲلِدَٲتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِ‌ۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُ ۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُہُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَا تُضَآرَّ وَٲلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ۬ لَّهُ ۥ بِوَلَدِهِۦ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٲلِكَ‌ۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنۡہُمَا وَتَشَاوُرٍ۬ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا‌ۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٢٣٣)

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”


Ni igloo saya yang besar sikit dan ade roda so boleh tarik jer.hehehe, boleh simpan byk sikit susu & icepack.

Oh! rindu nye nk breastfeed lagi dan kurus mcm ni 66kg, before pregnant 80kg, before bersalin 91kg...
YE Breastfeed buat saya kurus!

Feel free to comment.
XOXO

Best regards,

Hana Azleen
SID 920523
012-2365414
hanna.azleen@gmail.com



1 comments:

Popular Posts